Kita Renungkan Bersama

SLIDE SHOW UNICO

Tuesday, November 27, 2012

‎10 Cara Mudah Menikmati Khasiat Madu

Anda suka Artikel ini ???

Ramai pengamal madu mungkin akan tertanya pada suatu ketika, “Adakah cara lain mengambil madu selain daripada terus makan begitu sahaja?”. Sudah tentu. Bahkan ada pelbagai cara kreatif menikmati khasiat madu tanpa memerlukan persediaan atau bahan-bahan yang rumit.

Di sini, DCL kota tinggi,johor berkongsi 10 cara mudah untuk menikmati khasiat madu.

1.Campurkan madu dengan air kosong. Boleh juga dicampurkan dengan minuman lain seperti air limau / lemon, jus oren. Madu boleh menggantikan gula untuk kurangkan manis dalam minuman harian.

2.Sapukan madu pada roti. Lebih harum dengan roti bakar.

3.Gunakan sebagai perasa tambahan pada jem buah-buahan buatan sendiri.

4.Sapukan atau cecahkan madu dengan biskut.

5.Gunakan madu sebagai perasa tambahan (atau dressing) pada salad buah-buahan.

6.Sapukan madu pada daging sebelum digoreng atau dipanggang.

7.Tambahkan madu pada oat atau bijirin sarapan (pastikan ia tidak dibuat terlalu basah).

8.Tambahkan madu pada penkek.

9.Tambahkan madu pada aiskrim. Ia menjadikan snek anda lebih sihat.

10.Gantikan madu sebagai lotion tangan anda..gosok lama2 pasti tidak melekit dan terus menyerap ke kulit.

Selain cara-cara di atas, madu sering dijadikan antara ramuan untuk resipi yang lebih lengkap seperti ayam madu. Kepada para peminat madu yang ingin berkongsi cara kreatif anda mengambil madu, sila komen...




Ruangan komen Anda :-

No comments:

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Dah singgah Minta tolong Follow Blog Aduka