Set your
Personal Branding dgn Hipnosis merupakan satu teknik di mana kita memfokuskan
diri kita untuk mencapai sesuatu matlamat. Kaedah asasnya ialah dengan
mempasakkan cadangan / kata-kata positif ke dalam minda separa sedar dengan
bantuan situasi yang membawa ketenangan.
Proses
hipnosis ini akan membolehkan minda sedar kita dipintas dan aliran komunikasi
minda diambil alih oleh minda separa sedar.
Melalui
teknik self hypnosis pula anda boleh menambah set kualiti atau tabiat yang
tidak dimiliki sebelum ini begitu juga untuk merubah perkara yang tidak
disukai.
Kadang-kadang,
dalam kehidupan seharian, kita selalu memomokkan diri kita dengan perkara yang
negatif. Contohnya,
“aku tak
boleh buat”, “ni susah ni”, “macam mana ye nak deal dengan customer ni”,
“confirm la aku kena marah dengan bos”, “perkara ni dah tak boleh ubah, dari
dulu lagi orang buat macam ni”, “aku memang tak mampu” dan macam-macam lagi.
Ini sebenarnya adalah satu bentuk self hypnosis tetapi secara negatif.
Sebenarnya, dalam sistem minda kita, sesuatu perkara jika ditanam atau diulang
berulang kali akan memberi kesan secara tidak langsung kepada kita dan tugasan
kita. Akhirnya, individu yang selalu mengulang kata-kata di atas tadi akan
terkesan dengan perkataan tersebut yang telah terpasak dalam minda separa
sedarnya dan dia akan menjadi mangsa halusinasi yang dicipta oleh dirinya
sendiri.
Oleh itu,
untuk mendapat kesan yang positif, sentiasalah ulang sebutan perkara yang
positif untuk diri kita. Dan setiap kata-kata yang baik itu adalah doa. Self
hipnosis dengan kata-kata yang positif akan membolehkan kita memprogramkan
semula minda separa sedar dan membuang segala bentuk fahaman negatif sekaligus
mencapai kejayaan cemerlang yang diimpikan.
Anda
sebenarnya BOLEH jika anda IZINKAN diri anda untuk melakukannya!!!
Sebenarnya,
semasa proses hipnosis, kita tidak berada dalam keadaan tidur. Tetapi kita
sebenarnya berada pada satu tahap kesedaran tertentu. Menurut ilmu kajian
gelombang otak, gelombang seseorang yang berada dalam keadaan hipnosis adalah
gelombang alpha. Ia umpama seseorang yang dalam keadaan permulaan tidur atau
tidur-tidur ayam (light sleep). Kita masih sedar tentang apa yang berlaku di
sekeliling tetapi tahap konsentrasi kita sewaktu hipnosis tersebut amat fokus
kepada sesuatu yang spesifik. Semasa proses ini, minda kita bertindak balas dan
fokus kepada saranan yang dibina dengan kata-kata yang kita sebutkan. Oleh itu,
ia membenarkan kita mempasakkan saranan tadi ke dalam minda separa sedar.
Samada sedar
atau tidak, kita sebenarnya kadang-kadang berada dalam keadaan hipnosis.
Sebagai contoh, mungkin kita pernah mengalami di mana kita terlalu sibuk,leka
dan fokus dengan sesuatu yang kita lakukan sehingga kita tidak sedar bahawa
masa telah berlalu. Kita mengalami hipnosis dalam banyak perkara setiap hari
dan kita tidak sedar bahawa ia berlaku pada diri kita. Ia mungkin berlaku
ketika kita asyik :
• Menonton
televisyen.
• Mendengar
muzik.
• Membaca
buku.
• Memandu
kenderaan.
• Berkhayal.
• Bekerja.
• Melakukan
sesuatu yang amat diminati.
Islam
sebagai agama fitrah telah lama mengkhususkan waktu yang khas untuk umatnya
melakukan self hypnosis. Namun, self hypnosis dalam Islam bersifat lebih
holistik dan bermatlamat yang mana proses yang dilakukan ini melengkapkan
hubungan manusia dengan Allah yang Maha Mencipta. Solat wajib yang dilakukan 5
kali sehari adalah satu bentuk deep self hypnosis di mana kita mengasingkan
diri kita dari kesibukan dunia dan berhubungan langsung dengan Allah.
Sebaik-baik solat ialah solat yang khusyuk dan sempurna. Beberapa pandangan
sahabat dan ulamak tentang khusyuk dalam solat :
1. Berkata
Saidina ‘Ali r.a.; “Khusyuk itu ialah khusyuk hati”. Menurut riwayat lain,
beliau berkata; “Khusyuk itu ialah tidak berpaling ke kanan atau ke kiri”.
2. Menurut
Imam al-Qurthubi; “Khusyuk ialah suatu keadaan di dalam jiwa di mana dia
mewujudkan keadaan tetap (tenang) dan merendah diri segala anggota”.
3. Menurut
Imam Zamakhsyari; “Khusuk dalam solat ialah hati berkeadaan takut dan mata
selalu tunduk (ke tempat sujud)”. (al-Kasysyaf)
4. Berkata
Imam al-Jurjani; “Orang yang khusyuk ialah yang merendah diri kepada Allah
dengan hati dan segala anggotanya”. (at-Ta’rifat)
5. Menurut
Imam al-Kalbi; “Khusyuk itu ialah suatu keadaan di hati di mana dia mempunyai
sifat takut, muraqabah (selalu memperhati kan Allah) dan merendah diri kepada
kebesaran Allah, kemudian dia mempengaruhi segala anggota yang membawa
berkeadaan tetap, seronok melakukan solat, tidak berpaling-paling, menangis dan
berdoa”.
Elemen
khusyuk melatih individu untuk fokus dan kita juga disuruh tadabbur atau
memahami ayat yang dibaca ketika solat. Oleh itu, solat yang khusyuk dan
diiringi tadabbur akan membantu membina jatidiri dengan kaedah mengaktifkan
minda separa sedar melalui saranan ayat-ayat Allah yang akhirnya menghasilkan
tingkah laku yang baik yang dikawal oleh minda sedar. Justeru, matlamat utama
dari solat iaitu untuk membina peribadi yang mampu menapis dan menghindari
elemen negatif, fahsyat dan mungkar Insya Allah akan mampu dicapai. Selain itu,
self hypnosis secara Islam juga boleh berlaku ketika membaca al-Qur’an dan
berzikir.
-created branding power-