Kita Renungkan Bersama

SLIDE SHOW UNICO

Friday, November 16, 2012

Kelebihan madu

Anda Suka Artikel ini ???

Assalamualaikum

Tahukah anda kelebihan madu?
madu mengandungi pelbagai enzim yang bermanfaat bagi menjaga kesihatan dan mengubati penyakit. diantara enzim ialah:-

1) Diastase yang bermanfaat menguabah polisakarida menjadi monosakarida

2) Invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa

3) Glukosa oksidase mengubah glukosa menjadi metabolik

4) Peroksidase menjalankan proses oksidase metabolik 

5) Lipase memecahkan lemak kompleks menjadi asid lemak

Secara keseluruhannya semua enzim itu bermanfaat bagi tubuh. harus diingatkan bagi memastikan enzim di dalam madu tidak rosak pastikan anda menyimpan madu tersebut dengan betul.

Berdasarkan pada hadis Nabi S.A.W yang menyarangkan pengambilan madu dan juga pengalamannya mengubati pesakit mengunakan madu, Ibn Sina berpendapat mereka yang berusia melebihi 45 tahun patut diwajibkan mengambil madu dengan teratur. Beliau menyarangkan pengambilan mada bersama dengan buah yang isinya keras seperti salak dan buah zaitun.

Hadis Nabi S.A.W mngenai Madu

Terdapat banyak hadis nabi yang menjelaskan mengenai madu lebah. Di antaranya tentang dua hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim. 

Pertama, mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad s.a.w bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali. Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata ”Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong”. Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah bersabda ”ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api”. (Riwayat Bukhari)

Hadis di atas menjelaskan hal-hal berikut.

1. Madu merupakan ubat segala penyakit kerana Rasulullah tidak melihat pesakit, sebaliknya terus menyebutkan madu sebagai ubatnya.

2. Supaya madu itu berfaedah dan berkesan, maka penggunanya perlu menggunakannya beberapa kali.

3. Semua jenis madu, bagaimanapun rupanya tetap mengandungi ubat bagi segala penyakit.

Sekian Wassalam



Ruangan Komen Anda :

No comments:

Powered by 123ContactForm | Report abuse

Dah singgah Minta tolong Follow Blog Aduka